Wednesday, 12 December 2012

TUJUAN DAN OBJEKTIF

Weldtech Centre mengendalikan latihan kimpalan dan jururunding berkaitan kimpalan bertarafkan piawaian antarabangsa untuk memenuhi kehendak industri semasa dan peluang pekerjaan. Pengimpal akan  diuji mengikut piawaian antarabangsa, seperti AWS, ASME, BSEN, ISO dan lain-lain.

Peningkatan kualiti perkhidmatan dan produk tenaga kerja, serta kepuasan hati pelanggan industri, adalah objektif penting dalam pengendalian latihan kemahiran kimpalan di industri, ini adalah kerana:-

  • Memberi pengiktirafan kemahiran untuk mendapat kelulusan piawaian ISO.

·         Membuka peluang kepada para pekerja untuk mendapat kelayakan pengimpal dan sijil  mengikut piawaian antarabangsa.

·         Memberi lebih keyakinan dan kemahiran yang tinggi kepada pekerja industri untuk menceburi diri dalam pasaran pekerjaan.

·         Menambah kemahiran dan pengetahuan untuk keberkesanan pada hasil kimpal untuk kepetingan industri.

PENGENALAN

                                                                                                                                                           Weldtech Centre atau WTC (Technical Training and Consultancy) ialah syarikat yang  bertanggungjawab dalam menyediakan latihan kemahiran dan pakarunding dalam bidang kimpalan pada tahap asas sehingga tahap yang lebih tinggi.

Weldtech Centre telah ditubuhkan secara resmi dibawah ROB pada Jan. 2001. Pernubuhan syarikat ini  adalah bagi memenuhi permintaan tenaga kerja yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran oleh sektor awam dan industri melalui pengwujudan kesinambungan dalam latihan   (Life long learning) perindustrian yang membuka peluang kepada tenaga sediada untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Weldtech Centre berupaya mengendalikan latihan  kimpalan dalam industri berkaitan :-

  • Industri automotif
  • Industri minyak dan gas
  • Industri pembinaan dan pembuatan
  • Industri pembuatan perkapalan