Weldtech
Centre mengendalikan latihan kimpalan dan jururunding berkaitan kimpalan
bertarafkan piawaian antarabangsa untuk memenuhi kehendak industri semasa dan
peluang pekerjaan. Pengimpal akan diuji
mengikut piawaian antarabangsa, seperti AWS, ASME, BSEN, ISO dan lain-lain.
Peningkatan kualiti
perkhidmatan dan produk tenaga kerja, serta kepuasan hati pelanggan industri,
adalah objektif penting dalam pengendalian latihan kemahiran kimpalan di industri,
ini adalah kerana:-
- Memberi pengiktirafan kemahiran untuk mendapat
kelulusan piawaian ISO.
·
Membuka peluang kepada
para pekerja untuk mendapat kelayakan pengimpal dan sijil mengikut piawaian antarabangsa.
·
Memberi lebih keyakinan
dan kemahiran yang tinggi kepada pekerja industri untuk menceburi diri dalam
pasaran pekerjaan.
·
Menambah kemahiran dan
pengetahuan untuk keberkesanan pada hasil kimpal untuk kepetingan industri.